Thursday, 25 June 2015

PERMULAAN BARU

Dah bersarang blog ni. Lama betul tak update. Satu sebab bila kerja dah tak banyak guna laptop so jarang dah nak bukak blog. Tapi hati ni sentiasa je nak kembali berblog semula.

Kali ini aku kembali semula bukan sebagai seorang yang dulunya bujang. Tetapi sebagai seuami orang... :-) Alhamdulillah pada 17/4/2015 aku menjadi suami kepada........... hehehe


Majlis Persandingan aku 


Tersingkap sebuah kisah,
Antara kita berdua,
Satu perkenalan yang mungkin tidak diduga.

Aku berserah pada yang maha esa,
Agar bertemu seorang wanita,
Yang bisa menjadi suri dalam hidupku.

Tiada madah janji antara kita berdua,
Hanya doa ikhlas semoga kita akan bersatu,

Titis air matu mu ketika dugaan melanda,
menguatkan lagi rasa hati mungkin ini jodoh kita,

Alhamdulillah....
Kini kita bersama,

Alhamdulillah....
segala puji bagi Allah,

Allahuakbar...
Semoga kita akan sentiasa menjadi pasangan yang soleh,
Pasangan yang bahagia,
Pasangan yang diberkati oleh-Nya

-Buat istri ku-

No comments:

Post a Comment