Friday, 25 February 2011

SUSUK


Kali ni penulis nak berkongsi tentang susuk..

Susuk ni kononnya merupakan cara untuk meningkatkan keyakinan, konon nya menambah seri muka, nampak lebih cantik dan kelihatan lebih manis. Susuk ni adalah benda halus yang dimasukkan ke bahagian bahagian tertentu di badan untuk nampak seperti yang dikatakan tadi.

Banyak jenis susuk sebenarnya


Susuk emas
Susuk perak
Susuk besi
Susuk raksa
Susuk berlian
Susuk susu 
Susuk intan
Susuk mutiara
dan banyak lagi ciptaan terkini.. hehe

Susuk yang paling popular kalau tak salah penulis susuk emas dengan berlian..Melalui perubatan modern pon boleh dilihat susuk ni....

Setiap susuk ini dikatakan mempunyai refleksi yang berbeza-beza. Susuk yang dipilih adalah berdasarkan keinginan atau tujuan si pemakai memakainya.Susuk ini bukan sahaja dapat menambah kecantikan seseorang, tetapi membina keyakinan, menghalang dari kesakitan, malahan membuat si pemakai nampak benda benda halus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk mengetahui seseorang itu memakai susuk atau tidak, kita boleh melihat dari amalan harian nya. Pengamal susuk dikatakan mempunyai pantang larang yang perlu dipatuhi. 

Antara makanan yang tak leh di makan (bergantung kepada jenis susuk)


Labu air 
Pisang Tanduk 
Pisang emas
 Sate tusuk
 Jantung pisang.
Daun kelor

Antara prbuatan yang tak boleh dilakukan oleh si pemakai pula


Melalui bawah tali ampaian kain
 Melalui di bawah tangga/rumah 
Melalui di bawah pohon kelor
 Di lempar bantal
Minum air penawar

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah, penulis difahamkan untuk memakai susuk ada 4 cara, satu ditanamkan atau dimasukkan ke badan, satu lagi ditelan atau diminum. Cara lain ialah mengunakan cara ghaib dan diluluhkan.

Pakai susuk ni pula ada tempat tempatnya,


- Diantara dua alis mata
- Pada pipi wajah
- Dagu/ sudut bibir
- Tengkuk
- Bawah dada kanan-kiri / payudara.
- Punggung kanan-kiri
- Pinggul kanan-kiri
- Lengan kanan-kiri
- Telapak tangan kanan-kiri
- Bawah pusar
- Kemaluan
- Paha kanan-kiri
- Betis kanan-kiri

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PERINGATAN !!!!



Macam mana berkesan pon susuk ini, kita kena ingat bahawa susuk ini haram disisi agama. Mendapatkan bantuan selain daripada Allah adalah haram. Mengamalkan susuk ini juga adalah syirik. Sekiranya susuk ini tidak dibuang/ ditanggalkan.. maka amat susah orang itu untuk mati... Ingat lah manusia adalah sebaik baik ciptaan Allah.

Berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.






No comments:

Post a Comment