Thursday, 25 June 2015

PERMULAAN BARU

Dah bersarang blog ni. Lama betul tak update. Satu sebab bila kerja dah tak banyak guna laptop so jarang dah nak bukak blog. Tapi hati ni sentiasa je nak kembali berblog semula.

Kali ini aku kembali semula bukan sebagai seorang yang dulunya bujang. Tetapi sebagai seuami orang... :-) Alhamdulillah pada 17/4/2015 aku menjadi suami kepada........... hehehe


Majlis Persandingan aku 


Tersingkap sebuah kisah,
Antara kita berdua,
Satu perkenalan yang mungkin tidak diduga.

Aku berserah pada yang maha esa,
Agar bertemu seorang wanita,
Yang bisa menjadi suri dalam hidupku.

Tiada madah janji antara kita berdua,
Hanya doa ikhlas semoga kita akan bersatu,

Titis air matu mu ketika dugaan melanda,
menguatkan lagi rasa hati mungkin ini jodoh kita,

Alhamdulillah....
Kini kita bersama,

Alhamdulillah....
segala puji bagi Allah,

Allahuakbar...
Semoga kita akan sentiasa menjadi pasangan yang soleh,
Pasangan yang bahagia,
Pasangan yang diberkati oleh-Nya

-Buat istri ku-

Thursday, 13 February 2014

AKU TERIMA NIKAHNYA...

BUTIK ANDAMAN MELAKA..... MENYEDIAKAN PELBAGAI PAKEJ PERKAHWINAN YANG MENARIK UNTUK ANDA BAKAL RAJA SEHARI.





TEMPAHAN BAJU NIKAH ... TEMPAHAN BAJU BERTUNANG ... TEMPAHAN BAJU BERSANDING .. EVENING DRESS ... SEWAAN PAKAIAN
ANDA BOLEH MELAYARI WEB AZHAR ZAINAL DESIGNS UNTUK SEBARANG PERTANYAAN..  




NORIS ANDAMAN MELAKA & AZHAR ZAINAL DESIGN BEKERJASAMA UNTUK MENGHASILKAN SATU PAKEJ YANG MENARIK BUAT ANDA BAKAL RAJA SEHARI


Sunday, 13 January 2013

DI SEBALIK ISI HATI

Mencari seseorang yang boleh faham dan bersama berkongsi susah dan senang bukan lah mudah.. Kita cumalah manusia biasa... Aku terkadang terfikir.. perlukah aku korbankan rasa hati ini untuk orang yang aku sayang walaupun orang itu tak menunjuk kan kasih sayang nya terhadap ku... Terkadang cemburu itu menjadi terlampau buat ku.. terkadang sekiranya ku tak cemburu terlihat yang dia tak memperdulikan hatiku ini... Kadang kala bila aku tidak mesej dengan nya kerana aku ingin dia mula mesej ku dahulu.. mungkin nampak seperti remeh tetapi itulah yang boleh mengeratkan hubungan itu.. bukan nya suruh 24jam fikir tentang kita.. tetapi bila mesej atau call untuk bertanya sudah makan atau belum atau tengah buat apa... sudah mencukupi untuk tahu yang dia ingatkan kita...

Aku menahan rasa hati ini sebab aku terlalu sayangkan dia dan tidak mahu kehilangan nya... apakah diriku bagi dirinya.. perlukah dia perlakukan aku sebegini? emmm tak tahu nak beritahu siapa... aku sedar diriku ini... mungkin aku bukan terbaik untuknya.. tp.... :-(

Thursday, 29 November 2012

ADIK BERADIK

Aku teringin nak kongsi ilmu ngan semua...

Benda ni terlintas difikiran bila orang yang aku sayang menghadapinya.....

Dalam family aku ada 4 orang adik beradik.... Aku yang bongsu... aku ada sorang kakak sulung and 2 abang.. setiap sorang mempunyai personaliti yang berlainan... ni bukan nak citer pasal family aku tau.. hehe nak citer tentang character anak pertama.. kedua.. ketiga... dan keempat... Benda ni secara logik semua sama karekternya mengikut turutan adik beradik...

Kalau aku tak salah lah.... hehe..



Ok.. Kebiasaan nya anak pertama pasti akan rapat dengan anak ke empat... (bayangkan sekiranya ada 4 adik beradik lah k) dan yang kedua mesti rapat ngan yang ketiga... Betul tak... Kalau adik ke empat buat hal... yang boleh dan akan diterima bila ditegur hanyalah dari anak yang pertama... Yang ke dua pula akan lebih rapat dengan anak yang ketiga... (sekiranya ada 3 beradik sahaja) masih benda yang sama berlaku... yang kedua akan rapat ngan yang ke tiga....

Kebiasaan nya juga.. anak yang pertama akan banyak fikir tentang adik adik nya walaupun kadang kadang diorang terasa hati atau sedih atau ada dalam masalah.... macam mana sekalipun masih akan fikir tentang adik adik nya.... walaupun kadang kadang tak tunjuk.

Anak kedua pulak lebih cenderung berdiam diri.... tak banyak bercakap... kadangkala nampak seperti tak pedulikan orang lain kecuali bila diminta tolong. Bukan tak bertanggung jawab cuma kurang berinteraksi...

Anak yang ketiga pulak lebih banyak dilihat yang akan membuat banyak masalah... Bukan kata anak ketiga ni jahat... cuma lebih buat perangai dari yang lain.. cenderung ponteng sekolah... atau bersosial... lebih mudah memberontak...

Anak keempat pulak lebih banyak kepada membuat hal sendiri... Banyak perkara yang dibuat tanpa pengetahuan orang dan yang pasti dah terjadi baru dibagitahu... kadang kala mereka lebih banyak menyimpan rahsia tentang apa yang dilakukan... Manja dan suka dapat perhatian... Mereka gak lebih cepat berfikir disebabkan yang lain lebih berusia dan ini mempengaruhi cara mereka berfikir.

Ni dari pandangan aku lah... hahaha.. sebab kebanyakkan yang aku lihat dan pengalaman aku... karekter mereka seperti ini.. cuma yang membezakan mereka adalah cara berfikir.. sebab itu berdasarkan ilmu... pengalaman... minat ...

Kalau ada yang rasa tak berapa betul boleh lah bagi pandangan ya... kadang kadang bila citer tentang adik beradik ni seronok sebab perangai satu sama lain berbeza... tapi masih boleh bersama..

Bak kata pepatah... Air yang dicincang takan Putus,,,,

wink wink ♥

MY BIRTHDAY

Hehehe... ok skang on9 with my lappy....

22 NOVEMBER yang lalu genap lah umo aku 23..

Kalau yang tak kenal tu sure tak caye aku ni baru 23... hahaha.. penampilan ku tak nampak mcm umo ku....

hehe.. kek mak aku beli.....

Mesti ada yang cakap wah.. siap ada pita ukur lagi.. hahaha... bukan nak menunjuk... time ni tengah buat kerja.. tetibe mak datang bawak kek ngan atuk and nenek.... hehehe nampak kek tak ingat ape dah.. happy nyer pasal....  walaupun tak semua orang yang ku sayang ada celebrate tapi syukur ada gak yang sambut ulang tahun hari kelahiran ku....

Hari yang sama gak kat wayang ada citer Twilight Saga... hehehe ape lagi... enjoy lah malam tu with my lovers.... hehehehe

wink wink ♥

KEHIDUPAN KINI

Lama dah aku x update blog ni. tp ,asih ada yang berkunjung ke blog ini.. terimakasih sangatsangat...

Sejak bermula kehidupan baru dengan orng yg ku sayang. banyak perubahan yg berlaku... Alhamdulillah job makin banyak sampai x menang tangan..

22 NOVeMBer.. tarikh lahir ku.

mak pagi pagi dah buat kejutan.. atuk nenek and orang orang yang ku syg pun ada....

nanti aku letak gambar... sekarang update guna tab... gambar besau sangat...

ok will update lg later...

wink wink... ♥

Friday, 7 September 2012

KEMBALI TERSENYUM

Setelah sekian lama menyepi untuk menenangkan diri.. saya kini kembali semula... Pelbagai perkara yang berlaku dan yang pastu kini saya mempunyai seseorang yang teristimewa.... 



pertama kali ku lihat wajahmu..
hati berdebar rasa tak tentu..
ingin ku tegur tp ku malu..
kau membuatku jatuh hati..

pertama kali ku bersamamu..
senda tawamu memikatku..
senyumanmu ketenanganku..
sentuhanmu buat ku gembira..

kau yang ku sayangi..
kau yang ku cintai..
akan ku belaimu sepenuh hati..
kan ku setia..
hanya kepada mu..
bunga hatiku hanyalah kamu..